Thursday, March 29, 2012

Aurat Di Mana Lebih Penting..??

Assalamualaiku w.b.t

"Aurat kat mane lagi penting, kat tempat public ke mase solat?"..... Actually tadi dah nak terlelap dah, tapi tiba2 ade 1 soalan muncul kat dalam otak, toleh tepi nampak laptop yg msih on atas meja, tiba2 rase macam nak share die punye jawapan dengan orang lain. Soalan ni senior Aien pernah tanye kat Aien & 2 orang lagi sahabat Aien taun lepas, mase 2 kitorang tengah sembang2 sambil bincang beberapa masalah yang perlu di selesaikan. Tibe2 kakak2 yang terdiri daripada MPM datang menyapa:

Senior : Assalamualaikum...
Kami  : Waalaikumussalam....
Senior : Boleh akak duduk..??? 
Kami  : Eh, duduk la, x pe... (sambil tersenyum)
Senior : Terima kasih... kakak2 nie ganggu adik2 ke..???
Kami  : Eh.. x de la, x ganggu pun, lagipun kitorang x de wat pape pn..

Senior : (sambil tersenyum).. erm.. akak nak tanye sikit boleh..
Kami  : Ade ape kak..???
Senior : Adik2 nie pernah dengar x skuad amru..??
Kami  : Rase macam pernah dengar, tapi x tau ape die...(jawab jujur)
Senior : Bla...bla...bla...bla... (terangkan pasal skuad amru)
Kami  : Oooo... (baru tau)
Senior : Jap akak nak tanye sikit nie...
Kami  : Ok, ape die kak..???
Senior : Menutup aurat mase kat tempat awam dengan mase solat, mane lagi penting..
Kami  : Erm..... (muke blur)

Senior : Akak tanye je tau, x de tujuan pape pn, nk tau pendapat adik2....
Kami  : Mase Solat (Miela), Mase solat kot (Aien, jwpn yg x pernah confident), Mase kat tempat awam (sorg lg sahabat)..

Senior : Nape cakap mase solat..???
Aien   : Sebab nak solat kn kene tutup aurat dengan sempurna.. (jawab mcm budak tadika)
Senior : Nape cakap mase kat tempat awam..??
Sahabat : Ermmmm......
Senior  : Ok2... xpe.... tapi nak tau x jawapan nye yang mane satu..??
Kami   : Nak...
Senior : Tutup aurat di tempat awam lebih penting daripada mase solat...
Kami  : nape kak...??
Senior : Sebab, kalau kita mase kite solat ade aurat yang terbuka, solat kite je yang batal, dan kita boleh solat semula... Tapi kalau mase kita keluar ke tempat awam dengan aurat yang terbuka, bukan saje solat kita yang batal, malah ia boleh menyebabkan amalah kita yang lain pun terbatal juga...
Kami  : Oooo....

Sebenar nye yang panjang berjela Aien karang nie just nak bagi tau kepentingan aurat, sebab kita selalu dengar ayat macam nie, "walaupun aku x pakai tudung, tapi aku x pernah tinggal solat tau"... Yela, kalau ternampak aurat mase Solat, 2 hanya hubungan kita dengan Allah je, kalau solat tak sah kita boleh solat semula... Tapi kalau bukak aurat kat tempat awam, ramai orang nampak, amalan2 yang lain pn boleh terbatal juga, macam mana kita nak buat...??? Aien pun bukan seorang yang sempurna dan Alim untuk menegur atau menghakimi orang lain, Aien just nk share ape yang Aien tau...



"..... Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum
sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri..."
(13:11)


*Semoga kita sama2 dapat mengubah diri kepada yang lebih baik.

Saturday, March 24, 2012

Hukum Memakai Contact Lens

Assalamualaikum w.t.b

Morning everybody, Today I would like to share about contact lens (ayt skema bajet anak omputeh), ha3... sebenar nye Aien da lame nak share pasal kanta lekap nie atau pun orang kampung Aien panggil contact lens, sebab Aien tengok sekarang nie terlalu ramai orang pakai contact lens, da jadi trend da kan, kadang2 yang x de masalah mata pun pakai juga, nie Aien kutip 1 jawapan tentang Hukum Memakai Contact Lens..... bace ea, jangan tak bace....

nie pic Aien mase zaman muda2 dulu, masa x tau hukum lagi...ha3..

Soalan
Assalamualaikum., saya ingin bertanya, apakah hukum memakai kanta lekap berwarna?

Jawapan
Waalaikumussalam. Boleh memakai kanta tersebut dengan tujuan untuk perubatan atas nasihat pakar perubatan untuk memulihkan penglihatan dan bukan tujuan perhiasan atau penipuan.

1. Tujuan perubatan – iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.

2. Tujuan perhiasan – iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;

  • Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
  • Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak  harus wanita memakai    perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
  • Tidak mengubah ciptaan Allah.
  • Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
  • Tidak menyerupai perbuatan orang kafir.
  • Tidak berlebihan.
  • Tidak memudaratkan

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya)


Source: IslamGRID

Tuesday, March 13, 2012

Perbankan Islam: Kewajipan atau Pilihan

Oleh: Ust. Mohd Hafiz Hj. Fauzi & Utz. Mohd Fadhli Mohd Faudzi*



Ramai masyarakat Islam dewasa ini menyatakan bahawa perbankan Islam dan sistem ekonomi Islam hanyalah sebagai alternatif kepada mereka! Bahkan ia bukan merupakan kewajipan yang perlu dilaksanakan sebagaimana kewajipan menunaikan solat lima waktusehari semalam.

Allahuakbar! Fahaman dan dakwaan seperti itu adalah tidak benar sama sekali. Perlunya kewujudan sebuah sistem perbankan yang bercirikan Islam adalah satu tanggung jawab agama dan mengikuti system tersebut adalah suatu kewajipan. Inilah realiti yang perlu disematkan ke dalam jiwa mereka yang sudah mengucapkan dua kalimah syahadah.

Para pembaca sekalian! Apakah matlamat sebenar kejadian dan kelahiran kita kedunia?
Kita sebenarnya dilahirkan untuk pengabdian kepada Tuhan Yang Satu iaitu Allah S.W.T oleh yang demikian, kewujudan sistem perbankan Islam ini bukanlah satu pilihan, malah ianya wajib bagi mencapai dan menyempurnakan konsep pengabdian tersebut. Lihat sahaja firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaku (Allah)”
(Surah Az-Zariyat: 56)

Sebagaimana yang telah kita nyatakan sebentar tadi, penciptaan kita sebagai manusia adalah secara syumulnya kerana kedua-duanya adalah matlamat pengabdian tadi, pertama sebagai hamba-Nya, dan yang kedua sebagai khalifah-Nya. Dapat dirujuk dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“ Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
( Surah Al-An’aam: 165)

Oleh kerana itu, kita harus benar-benar faham bahawa sebagai hamba dan khalifah-Nya:
Kita tiada pilihan lain melainkan melaksanakan dengan taat apa sahaja sistem-sistem yang telah ‘digazetkan’ oleh Allah S.W.T ini untuk diamalkan oleh makhluk manusia.
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allahmdan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.
Kita wajib meyakini bukan hanya sekadar percaya sahaja, bahawa setiap perintah Pencipta itu terkandung sarat di dalamnya perbagai manfaat, kelebihan dan hikmah, duniawi dan ukhrawi. Firman Allah S.W.T di bawah ada menjelaskan:

“ Demikianlah (perihal Nabi Isa), yang kami membacakannya kepadamu (wahai Muhammad, adalah ia) sebahagian dari hujah-hujah keterangan (yang membuktikan kebenarannya), dan dari Al-Quran yang penuh dengan hikmat-hikmat (pengetahuan yang tepat, lagi sentiasa terpelihara.”
(Surah Ali ‘Imran: 58)

Segala sistem atau peraturan Allah S.W.T itu adalah bertujuan untuk menyelamatkan umat manusia daripada terjerumus ke dalam sistem yang bertentangan dangan hukum syara’. Antaranya sistem RIBA yang dikatakan menjadi ‘ibu’ kepada sarang maksiat-maksiat kepada Allah S.W.T. Perlu kita bahawa di dalam Al-Quran hanya kepada dosa RIBA Allah S.W.T dan Rasul-Nya mengishtiharkan perang. Ini menandakan begitu dahdyat sekali system RIBA yang diamalkan.

*Utz. Mohd Hafiz Hj. Fauzi: ketua Jabatan Syariah Bank Muamalat Malaysia Barhad (BMMB)
 Utz. Mohd Fadhli Mohd Faudzi: Penolong Ketua Jabatan Syariah Bank Muamalat Malaysia Barhad       (BMMB)

Thursday, March 8, 2012

Lelakipun Ada Perasaan...^_^

Assalamualaikum w.b.t

Selamat petang & ape khabar inche pembaca sekalian (bajet macam ramai sangat orang yang bace, he3...).... Ok, untuk kesekiankalinya tajuk Entry macam ade something,he3.... Tapi ape yang Aien nak story dalam Entry kali nie tentang luahan hati seorang buda lelaki nie, agak menyentuh hati dan dapat membuatkan semua yang de kt situ terdiam (macam ramai sangat je yang ade mase 2), actually Aien tak de kat tempat kejadian mase 2, tp ade orang yang cerita mase Aien balik rumah hari 2..... Dialog die lebih kurang macam nie la....

Angah : Lutfi nie macam perempuan la, Lutfi x boleh lembik, sikit2 nangis, sikit2 merajuk, sikit2 terasa.....
Lutfi  : ...........................................
Angah : Lutfi 2 lelaki, tak boleh lemah, kena kuat, nie x, lelaki x boleh cepat terasa...
Lutfi  : Angah, lelaki pun ade perasaan tau....
Angah : .......................................

Nie kisah Adik Aien buat luahan perasaan bile hari2 kene tembak dengan kakak2 die, mane x nye, hari2 kene kutuk kate die macam peremuan, sape yang tahan ye dak, 2 yang last sekali die keluar ayat pasrah 2, tapi, budak kecik 2 kalau die dah start berkata2, memang automatic semua orang kat dalam rumah 2 akan terdiam... nanti bile die dah besar mesti kitorang akan rindu die mase kecik2.... sebab kalau die da besar nanti, sape yang yang layan perangai x berape betul kakak2 die nie kn, & x de sape da yang kitorang boleh usik lagi.... sekarang nie pun kalau die x de kat rumah 1 hari pun  kitorang da rase sunyi... Hmmmmm.... 


Lutfi & Aisyah, diorang nie memang suke date berdua je... Tapi tempat date x menarik langsung..
nak tau x nie kat mane, kat tepi jalan, kat jalan TAR...he3

*Lutfi!!!!!!!!!!!!!!!! I miss U....^_^

Trip to Hatyai...^_^

Assalamualaikum w.b.t

Selamat pagi & apa khabar semua, he3... Al-maklum la x tido lagi sebab ade keje sikit nak kene buat, sambil menyelam minum air ye dak... ok, back to tajuk di atas... Al-story nye baru2 nie student Diploma in Islamic Banking sem 4&5 ade Program Pengantarabangsaan Akademik Mahasiswa, ktorang gi Hatyai, Thailand. 
ok, yang pegang banner ni muka model2 yang x berapa nak commercial, ha3....

Banyak pengalaman yang Aien dapat mase kat sane, antara tempat2 yang kitorang gi Kilang Coca-Cola, As-Siddeek Savings Cooperative, & Islamic Bank of Thailand. Sebagai student Banking la kan, banyak benda yang Aien dapat, macam mane operasi diorang, product ape yang diorang guna dalam Banking, dari mana diorang punye sources of fund, & macam2 lagi la, kalau nak tulis kat sini, 7 hari 7 malam pun belum tentu habis....he3... Shopping??? x de shopping ape2 pun, shopping untuk family je, sbb x bawak banyak duit... student lg kan, so dana x banyak...he3.... Sebenar nye x tau nak cerita ape sangat, tapi pape pun student sem 4 memang sempoi, banyak kenangan indah dengan diorang, yg sebelum nie x pernah kenal pun lepas pada trip 2 setiap kali jumpe mesti tegur, x kisah la jumpe kat mane pn, mesti tegur, tu la yang di namakan ukhuwwah kan... Aien x reti nak story banyak2, so Aien tunjuk Gambar je la ea...^_^

As-Siddeek  Savings Cooperative

kanak2 berebut nak amek duet raye...he3....

ok fine, pic budak lelaki je ade, sebab pic budak perempuan mahal...ha3....

ok, nie tempat diorang buang rokok, nie pic kat depan hotel kitorang...

nie pic mase kat kilang Coca-Cola

nie salah satu masjid yang kitorang gi, pakcik driver bas kate, kat sini la orang m'sia slalu gi kawen,
tp serius masjid nie giler cantik, permandangan nye pn cantik....

 nie kat Islamic Bank of Thailand, x dapat nak amek banyak pic, sebab terlalu ramai orang....

ok, nie kitorang main mumia2 kat Samila beach...

he3... mumia zaman sekarang da pandai pakai handbag...^_^

nie pic King & Qween of mummy...he3.... yang Qween 2 group Aien...

himpunan mumia2 sedunia....ha3.....

mumia gile glamour....he3....

paling comel, toilet lelaki colour pink, mane nak dapat kt m'sia mcm nie...ha3.... 

Pintu gerbang surau kat BigC, walaupun bukan negara islam, tp surau nye TipTop...^_^

kanak3 riang yang keletihan, kanak2 nie tgh demam skarang, smoga cepat smbuh ye dik...he3..^_^




*Semoga ukhuwwah yang terbina selama 3 hari akan berkekalan untuk selamanya...... i'll miss that moment.....^_^